Wednesday, January 25, 2012

adik,besar nanti nak jadi apa?





Dulu masa kecik-kecik (bukan masa badan aku bersaiz 'kecik' yer),
Selalu sangat ada orang-orang yang lagi tua (makcik2 or kakak2) tanya kita,

'' Adik, besar nanti adik nak jadi apa? ''

Selalu kan ada saja kanak-kanak yang jawab,

'' Nak jadi pilot ! nak jadi doktor ! nak jadi engineer ! nak jadi lawyer ! nak jadi nurse ! nak jadi cikgu ! nak jadi arkitek ! ''

Ada tak pernah dengar kanak-kanak yang jawab macam ni,

'' Nak jadi Assistant Veterinary Officer (AVO) ! Nak jadi Agriculture Assistant Officer (AAO) ! Nak jadi Farm Manager ! Nak jadi peternak kambing,lembu, ayam yg berjaya ! ''

Zaman kecik-kecik, tahu apa kan ? Aku pun tak pernah tau animal field ni luas cabangnya . Yang bermain dalam minda hanya doktor vet, doktor vet dan doktor vet ! Kalau habis diploma ni tak dapat jadi doktor vet, nak jadi apa ? surirumahtangga sepenuh masa ? Secara jujurnya aku masuk dan pilih kos ni, sebab aku aim nak futher perubatan veterinar bila degree nanti . Impian mestilah setinggi langit kan ? Dan aku rasa ramai lagi masyarakat luar yang berfikiran macam aku dulu-dulu . Haiwan is equal to doktor vet

But bila dah masuk kos ni, minda dan pemikiran aku terbuka separuh luas . Dulu aku fikir pertanian ni orang-orang kampung saja yang ceburkan diri . Orang-orang bandar, orang-orang belajar tinggi-tinggi, tak join . Yerlah, minda tak terbuka lagi kan ? Cetek sungguh pemikiran aku time tu . Maaf . Biasalah bila dah disogok dengan fikiran macam tuh .

Masa aku mula-mula masuk, memang bila orang tanya, aku jawab aim pada doktor vet . Tapi ramai senior aku kata, bila dah belajar banyak dalam kos ni, kita akn fikir banyak kali nak ambil doktor vet, PERCAYALAH ! Yer, dan aku merasainya sekarang . Dulu aku pelik, kenapa kos (DKHP or DAHP) Animal Health & Production ni under Fakulti Sains Pertanian dan Makanan ? Apa kena mengena haiwan dan pertanian ? Sekarang jawapan aku, YA ! banyak kaitannya ! 

Haiwan, pertanian, alam sekitar dan manusia memang berkait rapat antara satu sama lain . Manusia perlukan haiwan sebagai sumber kehidupan macam makanan . Takde lembu, kambing, ayam, ikan, susah kita nak dapat sumber protein, bukan ? Then ternakan-ternakan ni mana datang ? Kalau takde yang ternak, bela, susahlah kita nak dapat supplier, takdelah produk-produk daging kat giant, tesco, jusco . Bidang pertanian lah yang banyak menyumbang kepada keperluan makanan kita nih . Takkan nak rembat saja lembu jumpa tepi jalan ? Ada HS atau Tuberculosis baru tau . Ikan ? Siapa yang larat nak memancing 24jam 7hari seminggu tu untuk dibekalkan kat pasar atau supermarket ? Peternak jugak . Ayam ? Kalau ayam kampung tu bolehlah untuk sumber sekeluarga, macam mana untuk seramai 28532246orang (atau lebih) rakyat Malaysia ni ? Belum lagi masuk PATI yang ramai2 duduk kat negara kita ni . So pertanian ada kaitan dengan haiwan (especially ternakan) dan manusia pon kait jugak dengan haiwan dan pertanian itu sendiri (peternak dsb) .

Sekarang, baru aku tahu, pertanian adalah salah satu bidang yang terSANGAT luas dan kalau negara kita ni membangun macam Amerika, Eropah sana, lagi banyak peluang pekerjaan yang kita boleh dapat . Doktor haiwan berkait dengan pertanian tak ? Of course ! Peternak-peternak yang bela ayam, kambing, lembu sampai beratus2, beriban2 tu mesti memerlukan perkhidmatan doktor vet . Ni untuk dari sudut penjagaan, kesihatan and keselamatan haiwan tu . Bila ternakan sihat, produk haiwan tu yang kita makan mestilah selamat kan ? So tu la functionnya doktor vet . 

Kalau dalam bidang perubatan manusia, ada staff nurse, ada nurse, ada doktor . Macam tu jugak bidang perubatan veterinar . Nurse tu ganti dengan AVO atau AV . Kiranya graduan macam kos aku boleh dipanggil macam nurse haiwan lah kiranya . Bila orang panggil aku doktor haiwan, automatic aku tacing sambil jawab, '' Aku nurse haiwan je, tak layak jadi doktor '' 

So nasihat kepada masyarakat luar (aicehhh), janganlah memandang rendah pada bidang pertanian . Sebab bidang pertanian adalah teramat penting dalam negara kita . Tanpa pertanian, kita nak makan apa ? Haiwan tu pon teramatlah luas cabangnya . Jangan hanya terlalu fokus dan fikir haiwan is equal to doktor vet . Doktor vet saja takkan mampu nak menampung kesihatan semua jenis haiwan kat dunia ni . Jangan pandang rendah andai awak tanya jiran-jiran, 



'' Anak ko kerja apa biah ? ''

'' Kerja apa ntah, berkaitan pertanian dengan haiwan ''

'' Masuk universiti jauh-jauh, hebat-hebat, anak ko jadi petani je ke biah ? anak ko ternak kambing je ke biah? ''



Petani, peternak boleh berjaya dan jadi lebih kaya dari bos yang duduk ofis goyang kaki dan ternak lemak . Berjaya dunia boleh, tapi berjaya akhirat aim kita okey . 


Eh, lari tajuk yer ? Alaaa takperlah, cuti-cuti bosan so merapu dalam blog apa salahnya kan ? Bukan apa, rasa macam nak perbetulkan sedikit pemikiran segelintir orang yang pandang enteng bidang yang aku ambil . Ingat arkitek, doktor, pilot, businessman je ker kerja hebat ? 


* Kawan-kawan UPMKB, saya ada lukisan free nak bagi . Next entry nanti sy story . Tapi bukan hasil tangan saya, salah seorang kawan kosmet . So tunguuuuuuuuuuuuu :) 















4 comments:

Syuhada said...

Sooooo true dik! Give me five!

Hehe. Akak pun, penat dah nak explain pasal berbezanya Sains Ternakan ngan Vet. Bila jawap akak amek kos Sains Ternakan jek, orang mesti kata "oo jadi dokter vet la ni."

Lepas tu explain la kata nanti jadi gembala kambing, ade pulak yang cakap, belajor tinggi2 bela kambing jek? Nak jeeee akak jawap, "hello, bela kambing sunnah nabi okey." Tapi tak sampai hati sebab yang cakap tu orang tua.

Sigh.

BTW dik, cek emel, akak ade anta emel. :)

.feyra khamsah. said...

kaka syuhadaa, sama la kita kan?
bytheway org yg bkecimpung bidg cm kita je faham situasi kita -,-'

akaaaakk,kite nk amek sains ternakan dgree nnt,insyaAllah mudah2an dapat :)

okey2 :D

Muizz said...

sama la. aku susah nak terang kat orang kampung aku psal DKHP ni.
rasa mcm nak je sruh pakcik tu google sendrik. haha

.feyra khamsah. said...

besela,org kmpong aku pon..
kalo de sdaramara jauh dtg,msti mokcik pokcik kenalkan aku cmneh,
''ni haa dak upm blaja haiwan,nnt jd doktor haiwan nnt nii''

*sighhh*

rse nk nanges sbb xmmpu jd dktor haiwan