Sunday, August 7, 2011

make me smile, smile and smile (:

Assalamualaikum :)

Okay tengah duk sebuk2 cari information dekat komputer makmal ICT yang gedabak nii (oleh kerana lappy yang buat hal tak boleh detect line wifi) tetiba *tetttttteeetttt ~ tetteeeetttttt * sila bayangkan anda dengar bunyi vibrate fon yang menerima mesej . maaf aku tak pandai nak transform dia menjadi bunyi ayat untuk ditaip . maka dengan hati berbunga bukak ingat Mr KA .

Ouh bukan dari Mr KA . tetapi Mr K . Encik Khamsah yang ensem iaitu ayah saya yang tersayang . HAHA . Siapa taknak mengaku ayah dia ensem kan ? kan ? sebab nak perasan diri tu ayu cantik . bherkkkkkkkkk (muntah) .

Bunyi mesej lebih kurang begini :

'' Ayah dah pos kurma & rendang . Petang naik belon . Malam kat pos ofis sana . Check besok mesti sampai '' sender : AYAH

Attention, sila perhatikan ayat 'petang naik belon' . Mula-mula aku blurr . Yer lately ni aku selalu jadi blurr dan boleh dikategorikan orang yang agak pekak . Maaf . Aku terbayang apa kau tau ? Terbayang belon udara yang besar . Yang dalamnya mengandungi kurma yusoff taiyoob yang aku kempunan . Beserta serunding . Sebenarnya serunding tu bukan rendang . Ayah excited nak raya la tuuu . HEHE . Atau sememangnya serunding telah ditukar menjadi rendang ? =.='
(mama cakap harga serunding rm80 sekilo ! apakahhhh ?!?!?! )


Ouh yer sebenarnya aku hampir nak merajuk . Sebab mama cakap macam taknak pos kurma dan serunding tuh . Yerla kat sini mahal =.=' dan jenama pelik2 je bagai . Kalau pelik tu, konon2 import punya, then mula la letak harga tak masuk akal . Tapi aku buat2 redha jela . Ayat pasrah ,
'' Takperla mama, berapa minggu je lagi nak balik kan ''

Alhamdulillah, mama faham isi hati aku . hehe . mengada- ngada ? da dekat setahun aku tak dapat mana-mana barang post kau tau ? last time dapat inner tudung yang aku beli jek . lepastu tak jejak kaki dah kat kolej sri rajang punya office . lagipon serunding tu nak buat sahur sebenarnya . makan dengan nasi impit pon bolehla . sebab roti susah la nak dapat yng conform halal kat sini =.=' kalau iye pon 2-3 hari kulat dah migrate kat roti tu, tolong makankan untuk aku . terima kasih yer mama dan ayah (:

(tapi semalam aku dah semangat beli sardin bertin-tin dan telur untuk buat lauk makan dengan nasi tapau dari kafe =.=' )










haaa, lebih kurang macam ni la belon yang aku terbayang .

Dulu, masa makngah aku yang asal sabah tu cakap naik belon, aku nak tergelak pecah perut . sebab ingat omong2 kosong . rupanya betul . memang sabahan dan sarawakian naik belon ke semenanjung dan pulang ke borneo . dan kini ayah aku pulak gunakan istilah belon tuh . apakah ? mesti ayah ingat aku dah jadi sarawakian sepenuhnya sebab dekat setahun dah tak balik =.='
Tapi yang pasti aku masih javanese . Bolehla tukar sarawakian javanese . Tak pelik kan ?







inilah 'belon' . yer setiap tahun aku ulang-alik balik Nilai dan ke Bintulu dengan menaiki belon . sampai sekarang aku sering mabuk belon =.=' korang prefer yang mana ? belon airasia atau belon MAS ? atau belon air tiger ? now, everybody can fly ! jom fly ganti aku balik bintulu lepas cuti raya nanti ~







p/s: i like the way u use some excuse for that ! haha buat aku tergelak sambil geleng-geleng kepala



No comments: