Tuesday, March 30, 2010

renung-termenung-bermenung


Ketika sedang bergelak ketawa ..
Bersuka ria ..
Saling bergurau senda ..

Tanpa menghiraukan orang sekeliling ..

Sejenak aku terfikir ..
Tidak semua insan di dunia ini ..

Khususnya saudara-saudaraku di luar sana ..
Mempunyai kegembiraan dan keseronokan sepertiku ..
Seperti kami di sini .. Anak-anak malaysia ..


Tidak perlu memikirkan ketakutan bom -bom dan senjata2 api ..

Tidak perlu memikirkan kerisauan tiada bekalan makanan ..
Tidak perlu merunsingkan fikiran apakah

yang akan terjadi pada hari esok ..
Masihkah ada sirna harapan untuk terus perjuangkan masa depan ..

Bukan salah untuk kita menikmati apa yang ada

pada kehidupan kita pada hari ini ..
Cuma kadangkala kita terlalu alpa dan leka ..
Dengan segala nikmat kurniaan yang sementara ini ..


Lately ni , aku sering termenung dan berfikir sendiri ..
Apakah yang akan terjadi andainya aku berada di tempat
saudara-saudaraku yang berada di bumi Palestin , Selatan Thai ,
dan pelbagai lagi tempat yang Islam itu ditindas ..




Kadangkala aku rasa aku ni sangat teruk ..
Tak pernah mensyukuri apa yang ada di depan mata ..
Kalau diberi betis , nak peha pula ..
Sedangkan insan-insan seagamaku lebih banyak yang serba kekurangan
di luar sana .. Serba kedaifan dan kemiskinan ..


----------------------------------------------------------------------------------













WAHAI SAUDARA-SAUDARA KU ..

DARAHMU ITU ...

ADALAH AIR MATA KAMI ...

No comments: