Friday, January 22, 2010

pedih ~



Aku juga manusia biasa ..
Manusia biasa yg punya rasa malu , harga diri
serta maruah sendiri ..
Bukan sewenang-wenangnya mudah untuk menerima amarah
dan herdikan dari orang lain ..

Aku sensitif ? TERLALU sensitif ???
Aku akui ... aku memang manusia yg dilahirkan b'jiwa sensitif ..
Mungkin hari ini (pagi ini) tahap kesensitifan aku
berada pada tahap kritikal dan kemuncak ..
Hinggakan mutiara jernih yg jarang sekali tumpah tanpa bersebab ..
Akhirnya gagal ku pertahankan ..

Maaf kawan ..
mungkin benar aku salah ..
Yah , aku mengakuinya ..
Aku bukan seorang yg pakar dan hebat dlm bidang
yg b'kaitan dgn berbudi dan berbakti kpd tanah ..
Memang kau berhak menegur kesilapan diriku ..
Tetapi bukan dengan cara sedemikian ..
Kau mungkin KURANG sedar , tatatertib cara kau menegur
itu benar-benar mengguris hati ..
Hati seorg insan yg bergelar perempuan ..

Benarlah kata orang , lelaki agak SUKAR memahami kaum perempuan ..
Mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kau utk menegur ,
mengherdik dan memarahi rakan-rakan baik kau ..
Rakan - rakan yg boleh menerima cara kau itu ..
but please , tolong jangan sesekali kau samakan taraf diriku
dengan rakan-rakan baik kau itu ..
Aku tidak mampu menerima cara sedemikian ..

Andai tiada sebaris kata maaf dari kau , aku redha ..
Tapi kau pasti tahu ..
Memaafkan itu memang mudah ..
terlalu mudah .. tapi ..
bukan untuk MELUPAKANNYA ..
Aku hanya insan biasa yg punya terlalu banyak kelemahan ..
Ku tak hebat seperti kau .. tak sepandai kau ..
Mungkin juga tidak memiliki aura magis luarbiasa ..

Seperti kata insan-insan yg terlebih makan garam dr ku ..
'Sesuatu kebaikan itu memang mudah utk dilupakan samaada
secara sengaja atau tidak disengajakan'
Jika perkara kurang baik ???
Adakah mudah utk memadamnya dr memori sendiri ???
Kau pasti tahu jawapannya ..


Maafkan aku sekali lagi ..
'Respect' ku terhadap kau selama ini ghaib dan lesap begitu sahaja ..
Amat payah untuk aku memandang kau sebagai seorang LELAKI ..
LELAKI yg betul dan benar serta layak digelar LELAKI ..


Aku telah mencuba sehabis dayaku tadi ..
Untuk tidak terusan dan terlalu 'memanjakan' kelembutan hatiku sendiri ..
Tapi siapa tahu ? Hati dan perasaan bukan mainan yg boleh diatur ..
Ia datang secara semulajadi mengikut faktor sekeliling ..
Hanya Tuhan shj Yang Maha Mengetahui ..

Aku memohon padaNya ..
Agar perasaan 'tidak senangku' pada kau cepat-cepat terpadam ..
Kerana Islam sendiri tidak suka umatnya saling bertelagah
dan bermasam muka hingga boleh memutuskan silatutrrahim ..
Lagipun , tempat di sini bukanlaaa besar sangat ..
Di mana-mana pasti terserempak ..
Oh Tuhanku ..
jauhilah aku dr menjadi seorang PENDENDAM ..
Kerana ku tahu ..
DENDAM itu sifat musuh utamaMu dan utamaku ..
Nauzubillah ..


*sayangs2ku .. terima kasih sangat2 ..
tanpa kalian mungkin aku lebih lemah drpd tadi ..
Benar , kalian laa tunjang utama sumber kekuatanku ..
sepanjang hidupku di bumi kenyalang ini ..
belum pernah aku rasakan 'sakit' yg sgt perit seperti ini ..
Kesungguhan kalian buatku tersentuh ..
Tuhan saja yg tahu beruntungnya aku dikurniakan sahabat seperti kalian ..

(really miss someone yg bergelar MAMA)
''mama,anak tembammu ini sangat merindui kamu .....''





No comments: