Friday, January 1, 2010

2010M(1431H) ..

Salam Tahun Baru kawan-kawan :))
tahun baru , azam baru , moga membawa seribu
keberkatan dan kerahmatan hidup dariNya ..
memori 2009M/1430H jgn ditinggal mcm tu sahaja ..
pahit & manis tetap boleh dijadikan panduan hidup ..

hari ni 1st Januari 2010 ..
bersamaan 15 Muharam 1431H ..
jika mahu dilihat , beria2 mudamudi zaman skarang
menyambut tahun baru ..
makan-makan , melepak , clubbing ..
tu belum termasuk yg buat pesta dan parti ..
khususnya mudamudi yg beragama Islam ..
di mana pergi moral hidup dan panduan sbg umat Islam ?
Islam hanya terletak pada nama sahaja kah ?
atau sekadar mengisi ruang 'religion' yg
tertera pd MyKad dan sijil kelahiran ?

Bukanlah menjadi satu kesalahan utk sambut
kedatangan tahun baru ..
tapi memadailah menyambutnya dengan rasa
penuh kesyukuran dan kekhilafan diri ..
bersyukur kan masih dipanjangkan umur dan
tubuh badan yg sihat sehingga sekarang ..
juga bertuah dapat menikmati kehidupan di negara
yg aman damai tanpa ada peperangan dan keganasan ..

cuba bandingkan diri ini dengan keadaan mudamudi
di negara-negara Islam yg bergelut dgn peperangan
dan keganasan di sana - sini ..
terpaksa memikul pelbagai senjata , mempertahankan hak diri ..
kebuluran , ketakutan , dan kemiskinan
menyelubungi hidup mereka ..
bersyukurkan menjadi anak jati Malaysia ? :)

anjakan ke tahun baru bermakna anjakan
umur yg semakin meningkat ..
menjadi semakin dewasa bukanlah suatu yg senang
untuk dipikul dan dihadapi ..
menjadi semakin dewasa bermakna pelbagai lagi
masalah dalam kehidupan yg perlu kita tangani sendiri ..
lebih-lebih lagi bergelar seorang pelajar ..
menunaikan amanah yg diberi oleh ibubapa bukanlah
satu perkara mudah ..
lagi-lagi pelbagai godaan dan rintangan hidup ..
insan lemah sepertiku juga tak lari dr pelbagai
masalah hidup dan beban yg perlu dipikul =,=
aku hanya mengharapkan kedatangan tahun baru ini
dapat ku hadapi dengan tabah dan lebih bersemangat
untuk mencapai azam dan tekad :))


insyaAllah semoga kalian juga dapat mencapai
segala azam dan cita-cita yg diimpikan ..

(^^)
'' berdekatan tak bermakna jumpa selalu kan ??? ''
(missyou)

No comments: