Tuesday, April 7, 2009

kenapa?

love Pictures, Images and Photos


kenapa ???
kenapa mesti aku bertembung dengannya lagi ?
terlalu kecil kah dunia niyy ?


kenapa di saat aku mencuba dan masih berusaha melupakannya , tiba2 dia muncul2 betul2 dihadapanku !


aku tau .. memang pertembungan ini tidak dirancang apalagi disengajakan ..
tapi pertembungan ini terlalu cukup membuatku mengingati kenangan2 silam antara kami berdua ..
pertembungan yang hanya berlangsung selama beberapa saat itu ..
mataku tertatap terus ke dalam matanya ..
lalu luka lama yang telah berparut kini terasa peritnya .. sangat2 mendalam .. dan peritnya lebih menyakitkan .. seolah2 peristiwa itu baru semalam berlaku dalam hidupku .. seolah2 seperti semalam dia berterus-terang tentang aku , dia dan ....

Oh Tuhan !
berbulan-bulan telah ku cuba melupakan segalanya tentang kami ..
kasihku terhadapnya , memoriku bersamanya ..
semakin ku cuba , semakin kuat memori itu menerjah fikiranku ..

Adakah aku yang bodoh terus mengingati tentang dirinya sedangkan aku tahu dia pasti lebih berbahagia bersama insan lain yang telah bertakhta dihatinya ?

Mungkinkah kerana masih ada sisa2 kasih sygku terhadapnya hingga menghalang aku dari terus membuangnya jauh2 dari dalam hidupku ?

Atau mungkinkah aku perlu lebih tabah dan pasrah menerima segala suratan dan takdir bahawa dia bukan lagi milikku ?

Kenapa .. kenapa aku masih memikirkan tentang kisah kami yang telah lama menemui noktah dan penghabisan ? kenapa dan kenapa ......

fuck off - kisah ini tiada di fotocopykan dan hakcipta terus terpelihara

mood : -jiwang karat-



No comments: