Friday, February 6, 2009

kalau dulu ..

(tika diri termenung sendirian , teringat kembali zaman2 persekolahan yg telah berlalu .. )



kalau dulu ...
ketika ini aku sibuk menguruskan borang koko yang perlu diisi dan ditandatangani .. mulalah sibuk berjalan2 keliling sekolah mencari guru urusetia pasukan rumah sukan dan kelab masing2 ..
tika ini ..aku sibuk keliling gak .. tapi keliling rumah laa .. mengemas2 rumah dan menjalankan tanggungjawab aku sebagai anak pompuan .. maid tak bergaji lak .. adoyai !



kalau dulu ..
time ni aku tengah busy dtg sekolah waktu petang utk latihan sukan (padahal tak masuk banyak acara pon ) ..tak pon sibuk menghadiri latihan kawad kaki perbarisan ntuk hari sukan ..dan time ni jugaklaa selalu kena tengking , kena marah dan terdengar jeritan , arahan dan lolongan ketua platun memberi arahan kepada kami ..
tika ini ..
waktu petang laa waktu aku mmbesarkan punggung sbb dok melangok tengok tv jek ! takpon dok ngadap pc ..time ni pon kna jerit gak .. tp bukan dgn ketua platun laa .. ngan mama aku yg dok membebel2 tengok anak dara dia dok ngadap menatang empat segi jek ..aduhaaaaiii !



kalau dulu ..
time nih aku sedang ligat menyiapkan homework2 , kerja kursus , fail2 peka dan beberapa tugasan yang lain sebagai seorang pelajar ..
time mcm ni gak laa aku bersua muka untuk dimarahi kalau tak siapkan tugasan yang telah diberikan .. silap2 boleh dpat ceramah motivasi free .. tak payah susah2 bayar mahal2 semata2 nak dgr ceramah motivasi yg konon2nyer dapat membina peribadi .. kalau diri sendiri taknak berubah , pergi ceramah mahal2 pon tak guna gak !
tika ini ..
aku dok sibuk gak .. sibuk menaip blog laa .. chatting ngan kawan2 laa .. and da latest memerah otak menyiapkan beberapa cerpen hasil nukilan sendiri tika kebosanan .. time ni dpt dgr ceramah gak .. bukan stakat ceramah jer , sindiran pon dapat free2 tau .. dr siape lagi kalau bukan bonda kesayanganku .. alahai mama !!



kalau dulu ..
tiap kali pulang sekolah mulut sentiasa tersenyum , ligat bercerita , mengeluh , dan bertepuk tampar bersama2 rakan2 . pikiran sentiasa berfikir apakah lauk yang bakal dijamah di dewan makan kelak .. berteka-teki sesama sendiri .. andai lauk yang diberi bukan selera sendiri , beli je laa makanan kat mek kantin .. itupun kalau wang perbelanjaan yang diberi oleh ayah masih berbaki ..
tika kini ..
mulutku sentiasa terbukak gak .. sentiasa terbukak untuk membebel2 kat adik2 aku yang tak reti2 mandi lepas balik sekolah , tak reti2 nak makan , tak reti2 nak tidur kalau dah tgah malam ..
kadang2 mulut yang naif ni laa terbukak dan bersuara untuk melawan kata2 mama dan menafikan segala yang tidak puas dihati .. alahai mama , ampunkan anakmu ini .. aku memang agak kuat melawan .. tapi sikit2 je laa ..
dan pikiran pon ligat berfikir tentang lauk .. bukan lauk yang bakal dihidangkan oleh mama .. tapi lauk yang bakal aku pelajari dr mama dan kadangkala aku sendiri yang terpaksa memasak .. heh , da leh jd surirumah kot ? ;)


kalau dulu ..
tiap2 minggu mesti dok bergayut kat public phone asrama .. tujuannya pastilah mahu menelefon si dia yg tersayang or menelefon mama meminta dtg melawat diujung minggu .. tak pon memicit2 handphone .. untuk bertanya kt rakan2 apa lagi himework yg perlu dilaksanakan dan diselesaikan ..
tika kini ..
bergayut gak .. tapi kt telefon rumah .. saje2 meninggikan bil telefon berbual2 dgn rakan tika bosan .. jari2 juga ligat menghantar sms .. bkan betanya ttg homework ttp sekadar berborak kosong .. namun tiada lagi panggilan dari si dia yang tersayang kerana tiada lagi si dia dalam hidupku dan telah ku buang jauh2 segala cerita dan kenangan tentang kami berdua ..


kalau dulu ..
aku masih bergelar pelajar sekolah , masih memakai uniform putih , masih memakai kasut kanvas , masih mmbawa beg sandang yg dipenuhi buku ..
sibuk juga mengira wang perbelanjaan dan menyimpannya didlm tabung .. konon2 mahu menyimpan demi keperluan masa depan ..
tetapi kini ..
aku hanya bergelar penganggur tanpa rela .. menunggu dengan setia tibanya hari pengeluaran keputusan spm .. tiada lagi kasut kanvas , tida lagi beg sandang yang dipenuhi buku ,dan tiada lagi tabung yang dipenuhi duit !
yang menemani ku tika ini hanya kasut sneaker , beh tangan dan wallet yang semakin hari semakin tipis dan tiada isi ..
saban hari juga aku sebok mengorek tabung mencari duit yg msih berbaki .. maklumlaa , income da takder ..

ini laa nasibku bergelar pelajar lepasan sekolaa .. aduhaaaii nasib ..

No comments: