Tuesday, March 9, 2021

Setahun sekali kau datang lagi!

Assalamualaikum!

    Sesuai sangat dengan tajuk atas tu, setahun sekali jela kau update blog ni. Alkisahnya aku macam nak melupakan dah kewujudan blog ni. Kalau ikutkan nafsu duniawi memang takda mood dah nak update sebab jalan hidup aku pun biasa-biasa jer *sendu. Tapi fikir balik, aku start blogging dah lebih 10tahun. Blogging bodoh2 jela tapinya sebab buta IT sikit. Zaman muda 20an dulu memang semangat nak belajar macam-macam letak dalam ni, tapi sekarang ni malas ya ampun.

    Anak aku pun dah masuk 2tahun, Alhamdulillah ya Rahman. Akalnya pun Ya Tuhan Ya Rabb kurniakan aku kesabaran dalam menghadapi fasa sel-sel otak berhubung dengan jayanya! Semenjak jadi penganggur semula since 2021 ni, banyak masa dapat luang dengan bujang sorang ni. Doakan aku ada rezeki lebih yer untuk jana pendapatan ekonomi rumahtangga kecik aku ni. Aminnnkan cepat2! Ouh post lepas ada mention greenlight to yellowlight so tahun 2021 ni memang redlight teruihhh haaaa takda u-turn2 lagi dah. Sis redhaaaaa demi keredhaan dan kesejahteraan hidup dunia & akhirat. Maka bermulalah fasa asal seeking for a job or planning dor a business. Awal 30an ni mudah-mudahan belumla terlambat lagi. Mungkin aku takde rezeki nak bekerja dalam bidang yg aku minat sangat2, sebab faktor masa & tanggungjawab. Sedih, siapa tak sedih? Aku anggap jela ni satu pengorbanan aku untuk kebaikan orang sekeliling walaupun takdelah hebat sangat pengorbanan aku ni paling tak pun nafsu minat jerla terkorban takda pertumpahan darah ke hape ke kan lol. Tapi tak taulah kalau ada yang terbukak blog picisan aku ni tolong-tolong doakan aku ada rezeki kerja under goverment dalam bidang haiwan ni kan. Korang baik kan? Doa-doakan puan empunya blog ni k? Mana tau salah satu doa korang diangkat terus Aminnnnn! 


Doakan aku kurus jugak keyh? In sha Allah capai berat ringan sikit ada rezeki kita proceed adik budak atas tu EHHHHH 👀


    

Tuesday, April 21, 2020

Halo semuanya!
Salam MCO Malaysia 2020. Dah lama ya amat bersawang blog ni (tiap kali update confirm mention bersawang sebab lama gilos weh tak update). Lagi2 since ada si bujang kenit kesayangan ibuayah manje2 iyyeee ni aduhai sempat scroll lazada & shopee je wakaka. 
Wait what? MCO tu hapo?
Yelah post ni pun untuk tuan blog ni merujuk dimasa hadapan so that tahulah kan pghujung bulan Mac 2020, Malaysia dibadai pandemic infectious disease, virus Covid-19. Strain dari coronavirus. Ouhya awal tahun 2020 haritu 2.1.2020 aku start kerja as AVO kat satu vet clinic bdr seri putra. Well oh well actually tu klinik lecturer aku then rezeki jugak dekat dengan Bangi so lepas timbang tara pro & cons so Mr KA bagila greenlight. Tapi nampak gaya green tu mcm dah kearah2 yellowlight tinggal tunggu masa nak redlight je ni. Ahhh tu story post lain pulak lahhh.

So kesinambungan berkaitan covid dan kerja as AVO tu, actually coronavirus tu dah jd mainan bibir kitorang kt klinik. Sebab banyak je kes kucing dtg sakit bila bloodtest positive pulak antibody corona tu. Hmmm kalau korang owner kucing nak tau, corona virus kt kucing ni lah yang boleh procees to FIP disease. Aku pernah story kt post before2 ni kalau rajin scroll lah ek untuk penambahan ilmu. Nanti aku story post lain jugak pasal corona kucing, busung, dan zoonotical antara manusia dan haiwan muahahaha. Okay tadi macam nk story pasal MCO tiberrrrrr terforward pergi intipati coronavirus pulok. Ouhye MCO tu stand for Movement Control Order @ Perintah Kawalan Pergerakan. Kenapa kena kontrol? Haaaaa pasal corona ni punya kerjalaa. Easily infected person to person by contact. Jangkitan bermula dgn spreading titisan air, means batuk, bersin, ludah dan seangkatan dengannya. So by today 21.4.2020 (anak dibu dah 14-month old harini ALHAMDULILLAH!), kat Malaysia je dah  ada 5,425 orang yang berjangkit. Fatal case seramai 89 orang. DIscharged cases 3,295 dan total active cases 2,041 orang. Haaaaa ramai kan? 
So sebagai langkah pencegahan spreading of the disease,semua orang kena #stayhome. No kerja, no jalan2, no balik kampung, no beriada and all that. Golongan2 tertentu je boleh bekerja (termasuklaaaa aku sobss) lagi2 bahagian frontliner services. Tapi aku digesa ambil unpaid leave so menganggur laa aku selama sebulan (maybe akan datang menganggur terus pasal kes green-yellow-red light tadi). 
Maka arahan MCO tu menjadikan seluruh dunia ni tengah undergo norma yg berlainan dari biasa! Boleh dikatakan upside down jugakla situasinya. Nak keluar carik brg pon terhad masa dan orangnya. Roadblock merata2 (ni part aku malas tempuh ulangalik kerja). Dan paling penting arahan unpaid leave dari bigboss kat rumah ni more kepada ksejahteraan kesihatan aku jugak. Yelah orang immune rendah macam ni high risk amatttt. 

So just nak story laaa Malaysia sekarang ni 22.4.2020 (puasa Ramadhan start 24.4.2020) tengah undergo MCO. Ramadhan memang tiada bazar. Tiada balik2 kampung. Dan kitorang masih berjuang utk hapuskan covid-19! Bak kata papazola boboiboy (sejak ada anak hidup aku byk kartun. Berjuang camnooo? Berjuang dengan #stayhome! Wakakakak. Kena buat storyline gempak2 nak cerita kat Erhan bujang dibu ni bila dia besor nanti. Semangattttt memperjuangkan penghapusan virus ni dengan stay at home! kihkih. 

Friday, December 28, 2018

Check-In


Assalamualaikum!

Almost 30 weeks dah ni. Berdebarnya! Semoga dipermudahkan urusan semuanya aminnnnnn. Journey nak sampai 30 weeks ni, Tuhan sahaja yang tahu. Me, myself can be categorized as woman with high-risk pregnancy. Because of my T1DM and also Thalesemia carrier. Tapi alhamdulillah along the journey ni jarang ada komplikasi yang teruk-teruk, melainkan blood glucose yang mcm roller coaster, BP yang tiba-tiba mencanak naik tapi masih paras  borderline. Awal-awal dulu ada jugak morning sickness tahap melepet nangis-nangis tak tahu nak makan apa kahkah. Sampai hypo melampau, siap bertegang lidah hahaha. Tapi biasalah, mak buyong kenalah selalu menang kan.

Tak ada mengidam apa-apa ke?
Ramai orang sekeliling dok bertanya soalan ni. Jawapannya, TAK! Seriously memang aku tak ada mengidam apa-apa langsung even dah masuk 3rd trimester ni. Ada pun dulu Mr KA je lah yang mengidam. Mengidam durian, keropok lekor. Hmmm paling dahsyat mengidam buah dabai. Nasib baik lahai kawan pada sepupu dia memang asal sana, kebetulan nak datang semenanjung. Rejeki Allah bagi kan, semua dipermudahkan. Ker aku yang tak faham konsep mengidam tu macam mana ek? Kahkah.
Selama-lama ni craving mengada-ngada jelah kot. Tak ada lah tahap kejut Mr KA tengah-tengah malam mintak k-fry ke, sushi ke, nasi lalapan ker. Cuma craving makanan, jenis yang kalau dapat okay. Tak dapat pun tak mengapa. Poyo kan? Kahkah. Tapi paling penting dari awal mengandung, makanan yang craving tu semua spesis makanan yang Mr KA sukaaaaa. Sabaaaaauuuu jerla kan. Nasi lemak, ayam goreng, roti john, burger. Masha Allah semua yang tak berapa nak sihat. Cumanya, hal mengidam tu mungkin bantuan Tuhan lah untuk aku ni, spesis perempuan mengandung yang tak boleh sumbat sembarangan masuk perut. So perasaan mengidam tu dipindahkan ke Mr KA. I is redhaaaaaa.

Mungkin aku tak mengidam part makanan kot, sebab aku ada feeling-feeling teringin nak duduk hotel tau. Breakfast kat cafe, feeling2 tonton tv dalam bilik hotel. Selalu lah juga bagi hint-hint kat Mr KA, tapi biasalah buat donnow jer. Dia pun almost every week outstation sana sini, maybe dah bosan duduk hotel. Nak dijadikan cerita, start 28 weeks kena kira baby movement within 12 hours kan. Kena tick dalam buku pink pregnant tu. Malu nak show off buku pink sendiri, sebab dah macam belacan ooiii. Sebulan sampai dekat 5 kali tercongok kat KKIA & hospital, tebal buku tu kalah mommies yang pregnant 9 bulan datang checkup tau. So ada satu hari tu, rasa baby macam slow and steady je bergerak. Macam haluss halussss gitu movement dia. Aku ni dah lah spesis anxiety menggelabah terlebih. Asyik text Mr KA cakap baby tak gerak sangat.
Overly risau, and I should be like that because of my health condition. Any bad thing can happen kalau tak observe secata teliti, sebabnya dah ada kes dari orang sekeliling. Nauzubillah min zallik moga dijauhkan.

So after Mr KA balik, lewat petang pergi private klinik kat area Bangi. Cerita punya cerita kat Dr, dia pun buat ala-ala details scan. Salah satu sebab aku suka klinik ni, because of their doctors. Concern sangat, especially kalau pregnancy yang high-risk, atau dia detect something wrong somewhere. Memang keluar teruslah surat rujukan ke hospital. So time scan tu, baby macam okay-okay sahaja. Alhamdulillah. Tapi kan aku cakap, doktor-doktor klinik ni sangat concern. Mungkin mereka tak nak ambil risiko if anything worst happen kat clients, klinik mereka akan dipersalahkan. Ala-ala ambil langkah pencegahan jugak la kan. So Dr tu gesa jugak la kami ke hospital, sebab klinik mereka tak ada alat detect jantung baby. So keluarlah sehelai surat refer ke hospital. Aku time tu dah malas-malas nak gerak hospital sebabnya baby dah rasa gerak-gerak. Tapi sebab Dr dah suggest and advice, so ayuhlah kita.

Dalam fikiran aku, its okay after check, baby in sha allah okay dan kita boleh balik yuhuuuuu. Tapi sebaliknya pula yang terjadi. Well, biasalah goverment hospital service memang a bit slow, tak apa kita faham kan. After check, buat urine test, degupan okay, scan pun okay baby gerak (ni aku rasa baby nak prank ibu dia, sebab sepanjang kat hospital tu memang galak dia bergerak). Unfortunately, MO on duty tu decide untuk tahan aku kat wad at least 24hours. Sebab? Sebab health condition aku tu laaaa kan da cakap huhu. Dr nak monitor baby movement and also my BSP record. So untuk pertama kalinya dalam hidup ni, kena check-in kat ward. Time tu almost midnight, nak dekat jam 10/11malam rasanya. Kesian kat Mr KA sebenarnya, balik tak cukup rehat, kena pulak ulangalik rumah ambil barang sebab datang lenggang mak limah, yakin sangat tak kena check-in kan. Tapi apapun, semua ni pengalaman untuk jadi parents kan?

Maka terjadi juga lahhhh craving aku nak check-in. Tapi bukan check-in hotel huwaaaaaa. Terus check-in hospital kauuuuu. Nasib baik suami half gomen, dapatlah stay bilik 2orang. Bak kata dia, check-in hotel ni lagi best. Makanan orang hantar, setiap beberapa jam orang caring, kesihatan dipantau. I is redha okay bila suami sendiri suruh husnuzon begitu. Padahal more kepada nak buat lawak kat bini sendiri pun iye jugak tu. Sebab lepas-lepas hari kejadian check-in hospital tu, aku dah tak berani nak mention bab check-in hotel. Nanti start laaaaaa dia punya ungkit bab check-in hospital tu sampai aku sendiri gelakkan diri sendiri. Alahaiiii pengalaman check-in. Apapun doakan laaa kot suami tiba-tiba nak surprise bawa aku babymoon sebelum budak dalam perut ni keluar. Walaupun percentage tu hanya 0.01% jer kahkah. Sekian, cerita check-in dari mak buyong.

Ni lah wad aku duduk less than 24 hours. Sebab admit jam 11malam, esoknya jam 5 petang dah keluar hohoh.
Breakfast in bed laaaa konon bak kata suami aku. Redhaa
aa

Monday, September 24, 2018

Yak yak yeayy problem #budakhaiwan


Hai hai hai
Assalamualaikum!
Okaylah ni baru 3-4 bulan tak update blog. Last few weeks dah melepet je tak ada mood nak bersosial media langsung, ni dah masuk 2nd trimester Alhamdulillah budak haiwan is getting better! In sha allah hope be more better for next few months lagi. Hikhiksss. 

Beberapa hari yang lalu, adalah terbaca post dari sorang individu yang berpangkat puan. Musykil dengan masalah dia, kucing yang asalnya liar dan dah diberi makanan, maka jadilah kucing yang jinak. The problem is, kucing tu mula buat perangai tak semenggah. Apa lagi, yak yak merata laaa haiyyaaaaak! Sebagai seorang pembela kucing yang tegar (mak kucing dah orang gelar aku), bagi aku berak (maaf kotoq) merata ni satu behavioral problem. Kalau kucing tu asalnya kucing liar, sebenarnya susah nak jumpa jenis yang pakai lepas merata ni. Sebabnya, kucing ni sebenarnya salah satu makhluk yang berdisplin dan pembersih. 

Tahukan anda, bela kucing je yang perlu sediakan pasir sebagai tempat membuang mereka ni. Kalau haiwan lain, contohnya anjing, arnab, hamster memang tak ada pun pasir-pasir ni Kalau ada pun hamster laa tu pun sebab mereka ni spesis mandi pasir (bath sand) bukan yak yak yeayy dalam tu. 

Kenapa?
Kucing ni lepas membuang, confirm mereka akan kambus balik sebab tak nak najis tu visible, atau dihidu oleh musuh especially jantan. So selalunya mereka akan cari kawasan berpasir lah, kalau rumput pun kawasan yang tertutup2 gitu. Kalau anjing la kan, biasa dari baby tuan dia akan potty train, bagi yak yak atas pads then senang dibuang. Tak ada dia nak kambus-kambus najis atas pads tu. Benda ni memang basic penting kalau nak bela indoor dogs (biasa yang ada anjing mahal-mahal la macam Shih Tzu, Poodle, Pomeranian). Kalau macam hamster, biasa letak bedding je dalam cage dia tu sebab time makan atau main wheel pun dia slumber je melepas merata. 

So, bila kucing yak yak merata ni memang salah satu behavioral problem lah. Tapi sebenarnya ada jenis kepala batu degil ya ampun kencing, yak yak merata dan selalunya yang buat perangai macam ni kucing jantan (tak guna punya jate). Berdasarkan artikel dan perkongsian ilmu dari yg pakar, kucing yang behave mcm tu adalah dari beberapa faktor. Antaranya, kalau kucing tu dah biasa yak yak dalam litter box berpasir, kemungkinan besar pasir tu dah penuh dengan tinja dia. Tau tak tinja? Yak yak tu laa tinja haaa lupa la tu bahasa ibunda. Kucing kan pembersih, so dia pun ada perasaan geli tau macam mana nak kambus pasir tu kalau ada tinja penuh? Ni pun dari pengalaman sendiri juga. Dulu pun aku noob juga benda behavior ni, sebab study so balik rumah tu gap lah 4-5 hari. Kucing aku mostly dalam cage, so of course laa yak yak berpasir litter box, Selalunya lah, bila tinja dah penuh dalam litter box, mereka ni akan rebel, merata-rata main taram je buang (biasanya keliling litter box tu lah). Kalau advance sikit, yang baby-baby ni sakan membuang dalam mangkuk makanan. Haaa selain faktor kebersihan, kawalan penyakit, behavior lah antaranya sebab tu at least kena bersihkan pasir tu (scope tinja-tinja mereka tu) setiap hari. Lepastu tukar laa pasir tu dengan baru at least seminggu sekali. 

Okay selain penuh tinja, kemungkinan faktor jenis pasir tu yang buatkan kucing tu rebel buang merata. Pasir tinja ni bukan setakat pasir je, ada macam-macam jenis. Ada pellet kayu, serbuk kayu, charcoal pellet, pasir kristal, dan macam-macam lagi lah. Masa aku jadi PCC dulu, ni lah penyumbang utama behavioral problem berak merata ni. Selalunya yang buat perangai macam ni kucing indoor lah, jarang dapat keluar merata terdedah dengan alam sekitar. So deria bau, rasa dia terhad sikit. Let say dia dah biasa guna pasir, deria bau dari kitten terbiasa dengan bau pasir, paws pun biasa pijak dan kambus pasir lepas yak yak. So one day, tuan ni nak try lah jenis lain, nak try yang jenis boleh flush dalam toilet pula sebab malas nak scope2 masuk plastik buang tong sampah malas pakai tudung, pakai baju keluar rumah kan (point penting masa aku nak promote produk dulu kahkah). Tapi lepas guna tu, kucing dia yak yak merata pulaaaaaaak. Haa biasanya sebab dia tak biasa dengan bau kayu tu, atau struktur pasir/habuk kayu tu sebab berbeza dengan pasir. Solution? Slowly introduce lah pada kucing anda. Maybe boleh mix pasir dengan habuk kayu tu, so dia tak terkejut dengan penukaran struktur bahan tu. Yes, memang leceh. Lagi-lagi kalau kau bela spesis mahal macam Maincoone, British Short Hair, Scottish Fold, haaaa maintenance dan kesabaran pun haruslah tinggi setinggi harganya. 

Okay berbalik kepada permasalahan puan tu tadi, dia berfikir-fikir solution untuk buang kucing tu kat tempat ada makanan. Hmmmmm hmmmmmm hal buang kucing ni sensitif sangat tau! Sebab tindakan tu lebih banyak memudaratkan dari kebaikan. Hal buang-buang haiwan peliharaan ni next-next entry lah aku kupas. Apa pun, ingatlah kita ni manusia khalifah atas muka bumi ni. Tuhan bagi keistimewaan kat manusia dengan akal supaya kita boleh beza mana baik dan buruk. Ingat suka-suka ke kita ada akal ni? Kita yang berakal ni laaaa kena pandai uruskan makhluk-makhluk lain yang tak ada kurniaan akal (like haiwan dan tumbuhan). Pelihara welfare mereka sebab mereka pun makhluk Tuhan yang ada nyawa dan perasaan. Faham? Sekian takzirah ringkas budak haiwan kahkah. Okay thankyou sudi penat kan mata membaca! 












Friday, May 25, 2018

Anti Dr Vet ke? #budakhaiwan


Hi people!

Assalamualaikum
Okay lately ni since result UPU dah pun dikeluarkan, makin ramai pula orang whatsapp aku bertanyakan tentang kos diploma yang aku ada ni. Sampaikan aku boleh hilang ingatan bahawasanya aku pernah letak phone number aku kat ruangan komen dalam satu post berkenaan kos diploma tu. Pandai kamu-kamu ni mencari yer.

Okaylah since ramai PM tepi bertanyakan itu dan ini, so tuan blog pun nak merajinkan diri lah throwback kenangan-kenangan silam sepanjang kat Bintulu dulu aisehhh. Tapi tapi tapi kan sebelum start ni tuan blog nak clear kan sesuatu lah. Ada juga some of the people tanya, “Sis, why you anti dengan kos Vet Medicine? Is it because you cannot further and graduate as a Vet Dr ke?”
Hmm bawang jugak perangai korang yer. Cehhh.



Macamni ye adik-adik bawang, sis ni bukan jealous. Tak tak tak. Sebab ada sebahagian kecil kawan-kawan sis pun dah bergelar Dr Vet. Rezeki masing-masing kan. Why bother? Haha. Tak macam ni, sebenarnya sis just nak memperluaskan pandangan adik-adik. Anything berkaitan haiwan ni bukan berakhir dengan jadi Dr Vet semata. Noooo! Animals field ni prospek dia sangat luas dik. Yes, Vet medicine field ni antaranyalah. Kira kerjaya hebat lah jugak kalau akhirnya adik berjaya merangkul segulung ijazah Perubatan Veterinar.

Tapi usahlah gentar kalau during diploma tu adik tak capai gred pointer yang membolehkan adik further Vet medicine. Don’t worry dik. Universiti kt Malaysia ni banyak dah sediakan peluang kursus degree yang berkaitan dengan haiwan. Contohnya macam sis ni, further degree in Sains Peternakan. Janganla geli-geli pulak nampak word peternakan tu. Lebih kurang je subjek masa diploma, cumanya lebih mendalam sikit la. Dan semestinya kursus ni lebih kepada prospek pengeluaran, lebih melatih kita ke arah entrepreneurship gitu. Ada jugak belajar bab-bab kesihatan tapi basic-basic jelah. Tak adalah kau belajar surgery method, yada yada semua tu. Yang paling penting kos ni banyak belajar pasal haiwan ternakan lah kan! Kucing ke anjing  ke hamster ke sugar glider ke takde takde. Ada pun satu dua subjek lah belajar itu pun basic-basic je belajar pasal Vet medicine ni. Emm sis ni tak ambil pun subjek tu sebab dapat pengecualian sebab dah ambil masa diploma.




Haaa tu pun antara benefit jugaklaa kalau kau further degree kat UPM jugak nanti. Some of the subject kau boleh dapat pengecualian, means tak payah ambil dah yeeehaaaaa yabedabeduuuu. Contohnya macam subjek-subjek teras Kenegaraan, TITAS semua tu belajar benda sama je. Melainkan kau failed subjek tu masa diploma ni haaa memang bukan degree je time diploma ni lagi kau dah kena repeat. Doa la takda main repeat-repeat ni. Penat tau dik. Emmm lepastu ada jugak sesetengah subjek tu kau boleh dapat pengecualian tapi bersyarat. Contohnya kan macam subjek kimia apa ntah lupa lah, so subjek time diploma is kimia-kimia jugakla kena dapat B or B- ke atas macam tu lah. Sis ingat-ingat lupa subjek apa tapi konsep nya lebih kurang begitulah. So kadang-kadang dalam satu sem tu kemungkinan kau ambil subjek lebih sikit dari kawan-kawan yang lain. Haaa best tak best tak? Yang tak best, just kau tak boleh nak cut tempoh pengajian tu. Sebab apa yang aku pernah baca dan faham, macam uitm boleh further degree from diploma tu cut year. Contoh kau diploma 3 tahun, then degree 2 ke 3 tahun je macam tu. Ye ke UiTMians? Maaflah ye kalau salah info. Cumanya kalau kau further degree dlm UPM jugak memang tak boleh cut lah dari 4 tahun pembelajaran tu.

Unless, kau memang spesis otak geliga atau rajin nauzubillah subhanallah so kau boleh ambil banyak kredit subjek dalam satu sem dan tadaaaaa dapatlah kau habis awal. Tapi 99% lecturer tak suggest pun kau buat macam tu. Very high risk you knowwww. Kalau Vet MD lagi laa 5 tahun tau pengajian kau. Lepastu kalau kau further kat IPTA lain macam Unisza ke, UMK ke, Unimas ke, USM ke, aku tak sure cut-cut subjek pengecualian tu boleh ke tak sebab setiap subjek tu macam lain laaa pengisian setiap IPTA tu. Nanti aku double check laa dengan kawan-kawan lain then update semula.

Okay kita sambung bab – ‘Sis anti Vet Medicine ke?’

Ada yang siap mention, “Habis sis punya blog tu tittle Bukan Dr Veterinar tu apekehal?”

Kahhkahhh aduh. Macam ni, dulu la kan duluuu (even aku rasa sekarang pun still lebih kurang jugak) tak ramai terbuka fikiran tentang prospek kerjaya berkaitan haiwan ni. Kalau cakap lulusan kursus haiwan, mesti rata-rata masyarakat ni akan feedback “Oooooooooo Dr Vet! Dr Haiwan!”

Alaaaaaaa macam fikiran korang jugaklaaa habis diploma further Vet medicine heheh. Takpe, tak salah pun ada mentaliti sedemikian rupa sebab Malaysia ni belum meluas lagi field of animals ni. So aku tak nak lah mengelirukan manusia-manusia untuk anggap aku Dr Vet. Sis bukan Dr. Dr phD taktau lah kan aminnnn  (amiiinkan cepat-cepat!). Aku hanyalah seorang manusia yang ada diploma DKHP, degree in Animal Science (Sains Ternakan) dan mempunyai sedikit pengetahuan tentang peternakan, companion animals care & nutrients, dan juga wildlife (baca: hidupan liar). Bolehlah sikit-sikit nak consult especially bab companion animals tu (baca: haiwan kesayangan).


So adik-adik sis sekalian, kalau rezeki adik dapat kos DKHP ni dan adik memang minat bidang haiwan, sila teruskan. Sis yakin, adik-adik tak akan menyesal dengan ilmu yang adik akan sedut nanti. Kalau nak cerita pasal lokasi tu, nantilah sis story lain kali kat adik-adik. Jangan risau, Bintulu masih di bawah naungan Malaysia hakhak. Kami tak belajar atas pokok, kami belajar dalam kelas atau hall sejuk siap pakej lelap-lelap mata.




Okay amigos bye! 

Saturday, May 19, 2018

New Chapter (11032018)

Bismillah.

Dua tahun dah tak buat sebarang post kat blog bersawang ni. Yerlah, kalau dasar pemalas macam ni memang pegang gajet yang lagi mudah bawak la (handphone).

Alhamdulillah sekali lafaz tanggal 11 Mac 2018 aku dah sah bergelar isteri (hiks!). After more than 8years berkawan (bercinta sikit-sikit la) akhirnyaaaaaaaaaaaaaaaa dah halal for each other ❤. My Mr KA dah jadi suami, walaupun rasa macam mimpi kahkah. Onak duri nak membina masjid ni Allah je tahu macam mana susahnya. Emosi, kewangan, pengorbanan, eh macam-macamlah! Aku yakin, setiap pasangan yang nak membina masjid memang menghadapi kepelbagaian dugaan. Yerlah, nak bernikah dan berkahwin ni tak semudah bancuh milo kosong weh! Nak bertunang tu je dah faced varieties of problemmmm de amor! Yang penting sado kan hati, doa banyak-banyak dan more tawakal dalam setiap benda yang kita nak laksanakan nanti. Idea dah sedikit tepu bila blog dah bersawang ni. Walaupun kerja duduk rumah 24 jam (baca: hampir) tetapi laptop legend ni jarang-jarang sekali nak switch on. Maklumlah tuan badan ni matanya tak berapa nak sihat. Last few days baru jer buat check-up mata sebab suspected glaukoma (baca: IOP agak tinggi) dan sebab saraf mata ada yang bengkak. Tapi hopefully bukan lah glaukoma sebab aku takde keturunan pun yang ada masalah mata walaupun semua family berkaca mata termasuklah encik Suami. Cuma lately ni sinusitis agak melampau so mata ni asyik ditenyeh-tenyeh jer. Hopely hanya kesan tenyehan-tenyehan tu jela yer.

Okayla belanja satu gambar majlis yang dah berlalu dua bulan hiks. Next entry kita story pulak tips-tips menuju hari bahagia ni (cewah ingat artis ker).



Cepatlah balik Mr KA. Nak interview SPA ni pun tak ada mood dah huhu





Bye!