Tuesday, January 5, 2016

aku cemburu, teramat cemburu!


Hai assalamualaikum!

Salam tahun baru 2016. Moga tahun ni membawa lebih banyak keberkatan, rezeki kewangan dan kesihatan, dan moga dipanjangkan usia kita untuk lebih banyak menambahkan ibadah kepadaNya :)

Alhamdulillah tiga paper dah lepas dengan selesanya last week, so tamatlah sesi kuliah dan no more paper exams! Weehhuuuuuu! Alhamdulillah banyaaakkkkkk sangat rintangan, dugaan dan ujian sepanjang almost tiga tahun setengah pembelajaran kat kampus. Allahu, sem ni paling mencabar dengan sedikit ujian kesihatan mental dan fizikal. Permulaan sem yang banyak perancangan, tapi Allah lebih tau apa yg terbaik untuk kita. After disahkan GERD, aku ambil keputusan utk stay rumah dan ulang-alik ke kelas. Almaklumlah, subjek ada tiga je, kelas pon Isnin, Rabu dan Jumaat je! Hihi.
Allah permudahkan segala urusan, walaupun penat sebenarnya drive Nilai-Serdang for 1/2hour sekali perjalanan. Duit makan aku transfer ke duit minyak. Lewat masuk kelas sebab terlewat bangun, jem tak sudah2 tu normal lah kan. Ramai mempersoalkan kenapa aku tak stay kat kolej. Biarlah mereka dengan telahan mereka, malas nak memperjelaskan dengan panjang lebar. So in sha Allah next month dah boleh start praktikal. Moga urusan dipermudahkan sepanjang 6bulan intern nanti.

Berbicara tentang praktikal, awal-awal sem, akulah antara manusia yg sangat bercita-cita tinggi nak buat praktikal kt negara orang. Mungkin after pergi trip Perth (alamak tak update blog lagi ceritera Perth), semangat nak buat praktikal kt sana makin berkobar-kobar! Almaklumlah, negara orang ni nampak cantik je semuanya berbanding tempat sendiri huhuuuu. Dengan kepincangan dalam negara sendiri lagi, makin berkobar-kobar rasanya. Tambahan, aku memang sukakan kelainan. Bak kata kawan aku, kalau tak pelik bukan Feyra namanya! Banyak cara aku survey. Siap tanya SV aku mcm mana prosedur semua. Unfortunately, after aku kena gerd, aku tak ada semangat dah. Maybe sebab aku risau soal pemakanan semua macam mana. Dengan masalah kewangan lagi, even mak aku cakap kewangan bukan persoalan utama, tapi dengan keadaan matawang kita yg makin pincang, rasa tak sanggup pulak! After kena gerd, aku ada masalah sikit dengan anxiety. Tak tau lah pucuk pangkalnya macam mana, Yang penting terus aku rasa tak nak buat praktikal jauh2! Kalau ada ladang sebelah rumah, memang sebelah rumah lah aku pergi. Sobbssobbsss

Now, rupanya ramai kosmet aku yg ambil peluang buat intern kt overseas especially oz dan Indon. Perasaan aku? Dulu aku macam, tak apalah, rezeki mereka. Sekarang? Allah, cemburu! sangat cemburu! Aku tau, semua tu rezeki masing-masing. Tapi yerlah, manusia terlahir dengan perasaan cemburu. Cemburu tau, bukan iri hati. Cemburu dengan rezeki mereka untuk buat intern kt tempat orang, belajar mendalami cara hidup kt negara orang. Allah, tu semua impian aku! Siapa tak nak kan duduk kat negara orang. Bagi aku, sebenarnya internship ni lah cabang yang aku boleh ambil untuk jejak lama kt negara orang. Belajar cara hidup yg berbeza. Tapi yerlah, peluang tu sebenarnya ada. Tapi mungkin dibatasi dengan rezeki kita. Aku fikir, duit tu memang boleh dicari, tapi kalau bukan rezeki nak buat macam mana, yer tak?

So, sekarang senyum dan pray for the best je :) Moga ada rezeki lain untuk aku di masa akan datang in sha Allah!



Ladang kat Australia! On the way from Perth tu Katanning memang ladangggggg je! Nice view!


Nampak tak SIHAT nyaa binatang kat sana? kalah aku! kohkoh

No comments: